Pulau Mutiara – Penang Malaysia

Part 3 – Merdeka Trip 1 September 2016. Awal pagi dah bangun, jam 8.00pagi check-out Chomelle Hotel & drive to Airport Langkawi. Singgah breakfast kat kedai makan sederet tepi jalan. Teruja dengan lauk yang sedap, makan nasi la nampaknya. Kos semuanya rm5.50 termasuk air limau suam, sangat murah. Dalam perjalanan ke airport juga sempat stop beli minyak gamat untuk ole-ole buat kawan-kawan & mom. Kompem berat bertambah ni. Park kereta di airport & mesej Uncle Rosly say thanks for rent me a car Kia Picanto (auto) color merah. Re-Packing chocolates & minyak gamat, hand carry bubuh dalam shopping bag. Lega sebab lepas Air Asia counter before disembark. Flight dalam 25 minit sampai Penang.

Kat luar arrival, me ternampak kedai handphone. Check samaada simkad Celcom me masih boleh berfungsi @ tak, syukur.. ok lagi. Keluar airport je terus cari bus ke Komtar bus Rapid no 102 rm2.70 sahaja. Perjalanan hampir 45minit, ada sedikit traffic jam. Bus ni jugak me balik nanti. Bus info as pic below:

Turun je bus terus bertanyakan pakcik di kaunter lokasi Tune Hotel Penang memandangkan handphone Android tiada nak guna GPS macam mana? Semua info Penang habis tenggelam dalam tab me di Pulau Payar semalam..hurmm. Sad but true 😅. Berpandukan tunjuk arah pakcik kaunter di Komtar, me terus menuju ke hotel, hampir 15 minit berjalan di panas terik, alhamdulillah sampai. Allah jua memudahkan urusan me bila adik di kaunter hotel benarkan me check-in awal jam 12.15tghri tanpa apa-apa bayaran. Berehat 2 jam setelah penat pikul bagpack, terus ke lobby hotel update to my family thru fb & twitter. Sempat packing & bawa few light gear sebelum keluar. Misi….mencari handphone dan makan nasi kandar!

As a solo traveler, family me sangat bimbang epscly kesihatan me yang tidak menentu. Bertanyakan kepada adik di kaunter, mana nak dapat handphone paling murah. Katanya lokasi di Prangin Mall bersebelahan Komtar. Terus menuju ke Komtar semula, kali ni bersemangat dan kelaparan pun ya jugak. Sebelum ke Prangin, me ronda di level 3, Komtar Penang. Ada banyak kedai handphone, terus ke kedai OPPO dan bertanyakan handphone android bajet. Alhamdulillah..dapat handphone ni. Jenama dari french katanya, price cuma rm299. Camera pun standard OPPO, ada WIKO Centre kat Taman Sutera JB. Grab je la… Terpaksa reduce spent money for shopping in Penang gara-gara handphone.

Sempat lunch berdekatan kedai OPPO rm12.5 0 incl air sirap sementara tunggu Leslie update handphone. Selesai semuanya me jalan-jalan dalam Komtar, kat luar hujan turun lebatnya. Nampak hujan dah reda, me bergerak mencari CAT Bus Rapid (Central Area Transit), its FREE! Ini tempat menunggu Stesen 9, dekat je sebelah kaunter Rapid Komtar, Penang.

Terus surf cari station mana nak berhenti Padang Kota. Turun di stesen 7 berhampiran gereja & mahkamah. Hujan yang berhenti tiba-tiba kembali renyai. Bukak payung & jalan menuju Padang Kota Lama. Hujan makin lebat & kilat, tunggu berteduh di town hall Penang. Saja test ambil gmbar dalam hujan..hehe.

Hari makin gelap sebab nak maghrib, me ambil keputusan redah hujan berpayung ke bus stop CAT bila tengok ada 3 mat motor berteduh di Town Hall. Dalam 15 minit menunggu keseorangan di bus stop, datang dua awek tanya me macam mana nak ke Komtar. Rupa-rupanya mereka dari Miri, Sarawak. Sempat berbual pasal aktiviti me esok naik bus Hop On Hop Off ronda Penang. Perut dah terasa lapar. Naik bus, minta Pemandu berhentikan me di stesen berdekatan Nasi Kandar Line Clear. Akhirnya..ku di sini. Makan malam rm16.50 (ayam gireng, telur ikan, papadom & kuah ikan kari campur daging masak madu) + air limau suam. Sedap siot! 😂

Hujan seakan tidak mahu berhenti, me tunggu bus CAT stesen 8, sempat beli slurpee di 7E depan bus stop sebelum balik ke Komtar. Hujan masih renyai, redah ke hotel. Tidur malam yang tidak berapa lena sebab sunyi. Barangkali tiada ramai penghuni di level me, baru teringat malam Jumaat. Buka surah & ayat Al-Quran dan lelapkan mata.

~ Catatan si pari-pari, terima kasih baca entri ini

Explorasi Pulau Payar @ Langkawi

Part 2: Island is calling ~ beach life. Pulau Payar, satu jam perjalanan menaiki feri dari jeti Pekan Kuah. Jam 9am uncle Rosly ambil me kat hotel, terus ke jeti.

Pakej rm140 via feri Langkawi Coral, snorkeling includes meals.

Perjalanan yang agak mengujakan menaiki feri selama hampir 1 jam lebih baru tiba ke jeti Pulau Payar. Tourists from China & Asia Barat (arab), Malaysian cuma hampir 10 orang sahaja. Kami diberi jaket keselamatan dan sedikit taklimat. Banyak pantang larang dan tidak dibenarkan memancing dan beri makanan kepada ikan, Marine Park. Semua nampak happy berenang dan snorkeling di tepian pantai. Ikan sebesar tapak tangan me selamba je berenang di kaki-kaki manusia. Ada pelbagai jenis ikan termasuklah jerung sebesar lengan manusia dewasa.

Not much to share sebab tab dna handphone me masuk air, walaupun dah guna waterproof bag. Terus stop snorkeling. Suasana panas tiba-tiba mendung. Me cepat-cepat bersihkan diri dan makan tengahari. Hampir jam 1tghri hujan turun dengan lebatnya. Duduk je la diam-diam, reda hujan baru snap pic & video guna kamera Nikon me.

Jam 3.30 petang semua berkumpul di jeti Pulau Payar dan menuju ke feri bertolak terus ke Langkawi. Ombak agak besar juga dalam perjalanan balik. Ramai yang tidur, me ambil kesempatan berbual-bual dengan adik-adik Langkawi Coral.

Thanks for the lovely hospitality – Langkawi Coral and awesome Payar island. (nanti update video). Tiba di jeti Kuah, Langkawi hampir jam 5.00 petang. Call uncle Rosly n he pick me up dan hantar terus ke hotel. Sempat mandi sekejap dan bergegas ke airport ambil En Amin & familinya. Dia nak ke jeti Kuah menuju ke Kuala Perlis. Kebetulan me ada di Langkawi, takde hal nak amik dia. Flight dia delay, me tertidur kepenatan dalam kereta dan terjaga jam 6pm. Dapat mesej jam 6.15pm dia baru keluar menuju pintu arrival. Berdesup la me driving. Alhamdulillah berjaya melepasi jalanraya yang tidak berapa sibuk, 10 minit jam 7pm tiba di jeti. Kemudian sempat ke Billion mall beli chocolates dan ronda Pekan Pandak Mayah yang dahulunya glamer dengan pelbagai kedai-kedai. Hj Ismail masih lagi ada, me tak singgah. Balik hotel ambil baju kotor dan cuci di Captain Laundry di Pekan Rabu. Sementara tunggu baju siap, pekena Char Kue teow yang sedap tepi jalan, mintak brader tu buat lebih sikit. Bagitau dia lapar..hehe #poyolahkau. Price rm6.50 (CKT+air kopi ais). Then drive back to hotel, packing & tidur nyenyak.

~ Catatan si pari-pari, terima kasih baca entri ini.

Apa Best kat utaqa Malaysia?

Part 1: Trip Langkawi-Penang 2016®

Tak tau macam mana nak start, trip kali ni cheq ke utara. Fly through the cloudy skies, landing Langkawi dulu 3 hari 2 malam, then ke Penang 3 hari 2 malam jugak. Ini kali lah..cuti-cuti Malaysia, dah lama tak ke utara. Grab low tickets on last February 2017 & short itineraries. Alhamdulillah syukur. Allah jumpakan me dengan orang yang baik-baik sepanjang bermusafir ke utara. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan kamu semua. Masa aku menulis ni masih lagi di Penang, esok malam baru fly balik ke Johor. Melayan mata dan perasaan, badan letih..memang kekwat sikit la nak tidur, amik masa. Story itineraries trip me kali ni as below.. Part 1 ~ Langkawi-Penang #TravelYD 2017.

30 Ogos 2016 ~ flight dari Senai, transit Penang then ke Langkawi. Sampai je jam 5.15pm Uncle Rosly pick-up kat airport. Sewa kereta kia picanto warna merah rm100 (31 jam). Bayar siap2 kat uncle masa serah kunci. Check-in kat Chomelle hotel, Pekan Kuah price rm130 (2mlm) booked via booking.com. Lepas mandi terus drive ke pantai Cenang, drive view sunset. Isi petrol rm20 kat Pekan Kuah. Stroll around kat Cenang yang dah banyak berubah dalam masa 5 tahun lepas me ke sini. Bought a souvenirs, dinner Shellout! Memang setiap kali jalan pasti ada makan-makan..haha. About 10.00pm suasana makin meriah, ramai orang. Depan Underwater world ada pentas, konsert artis malam ni. I decided to go back to the hotel. Malas nak join hiruk pikuk , mat2 moto, budak2 basikal, tourists & local people. Drive back dah malam ikut jalan airport Langkawi, sesat jugak la. Sampai hotel jam 11 malam. Kemas bag nak bawak pi Payar Island esok. Midnight dengar bunyi mercun betul2 depan hotel. Meriah sungguh sambutan kemerdekaan Malaysia ke 59 di Pekan Kuah, Langkawi. Doa & syukur..moga Malaysia aman & makmur. 

Chomelle Hotel @ Pekan Kuah, Langkawi

Shellout @ Cenang Langkawi

~ catatan si pari-pari. Terima kasih baca entri ini

Back to Travel, Bring it on!

Another journey to remember. Although its just in Malaysia, i would like to celebrate our Merdeka Day up to north of Peninsular. Exploring 3 islands, different foods heaven & nice shopping places. Meet new people and enjoying myself throughout our beautiful Malaysia. Sharing with you few tips and itinerary.  24 hours more to go, a solo tudung traveler..bring it on!

☆Travel with attitude. Risk taker. Adventurous. Explorer. Food lovers☆

~ Angels note. Thank you for reading this.

Fabulous Champs Olympic 2016 @ Rio

Assalammualaikum & hi to all readers. I’m back!!

Nothing much to say about travelling, but i will have some intimate adventurous exploration in 3 islands end of this month. InsyaAllah i will solo travelling up to north Malaysia and be an islanders. Celebrating Merdeka probably with strangers..hehe. One of my favorite things to do while travel – meet the stranger. Some good foods, gonna put up my weight!

Todays thought is soaring for our champions. Its the happiest moments in August 2016 for Malaysia. Although we gonna celebrate Independence Day on 31 August, but we also cheering for the Olympic CHAMPIONS! start with women doubles swimmers, Keirin bicycle, badminton and hopefully lots more!

Alhamdulillah..long journey for them to have this fabulous and successful career as an athlete. Thank you, made us proud more in future!
~ angels notes, thank you for reading this.

‘Taqabbal Allahu minna wa minkum’ Eid Mubarak 1437H

eid-card-2

 

Salam Aidilfitri kepada semua sahabat handai taulan dan seluruh keluarga. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi, Allah mengizinkan kita semua meraikan hari Raya Aidilfitri 1437H. Setelah selesai menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang lalu, di hari ini kita meraikan hari kemenangan dan mensyukuri nikmat Allah berikan sepanjang kehidupan kita. Walaupun dirasakan kesedihan lambaian Ramadhan kerana kita tidak pasti adakah kita akan menemui lagi Ramadhan di tahun akan datang? Semoga segala ibadah, doa, amal jariah, penyesalan dosa, penghijrahan kita diterima Allah SWT hendaknya.

Aidilfitri yang mulia ini sentiasa mengingatkan daku atas kelahiran ku di pagi hening 1 Syawal; nama ku juga diambil oleh arwah Dad sempena gabungan Hari Raya Aidilfitri (sebab tu takde makna..hehehe). Genap 6 tahun Dad meninggalkan kami, sambutan Aidilfitri berjalan seperti biasa. As usual kami sekeluarga meraikan Syawal secara ala kadar, tapi tahun ini disebabkan seluruh adik beradik dan ipar duai berkumpul, abang ipar setuju untuk menyediakan Burasak (orang Bugis tau) dan ketupat. I done my 3 Raya cookies with nephews – Semperit, Oat Almond & conflakes Madu. Tahun 2016 ni kami takde bergambar Raya bersama-sama disebabkan rumah diziarahi adik beradik arwah Dad di awal pagi. Cuma video raya je la ya.. (sorry tak dapat share kat sini).

Sebagai manusia, saya jua tidak terlepas dari melakukan dosa. Ampun dan maaf dipinta, halalkan segala-galanya. Usah disimpan di dalam hati, nanti menanah dan sakit hati..hehe. Perbanyakkan berdoa, semoga kita semua hidup kekal aman bahagia di bumi yang tercinta Malaysia, dilimpahi rezeki berlipat ganda, kerjaya yang konsisten, kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah…

~ Catatan si pari-pari, Terima kasih baca entri ini.

‘Taqabbal Allahu minna wa minkum’ Salam Eid Mubarak

kad hari raya.png

 

Ramadhan 1437H

image

Salam Ramadhan Mubarak. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana dipertemukan lagi Ramadhan kali ini di tahun 2016 #syukurselalu. Hari ni yang ke 8 hari umat islam di Malaaysia menjalani ibadah puasa. Rasanya sudah terlalu lama tidak update blog travel ni. Mohon maaf. Ada kesibukan tugas, kadangkala keadaan badan yang tidak mengizinkan (kurang sihat). Bila lama tak update ni barulah teringat, gambar2 pergi Koh Lipe dah transfer, external hard disk mana? Macam-macam hal berlaku, paling sedih ada gambar2 travel me hilang dari radar. Transfer pc baru, ada data yang hilang. Kalut seketika, redha je la apa yang dah berlaku. Semua log travel dan folder program climbing me hilang begitu saja. Sabarlah hati…dugaan besar betul. Sebab tu la aku benci betul nak tukar pc baru. Paisey!

Sempena Ramadhan ni, aku ambil peluang untuk menghabiskan masa di rumah dan masjid2 di sekitar. Ada jemputan majlis berbuka puasa, ada juga plan dengan kawan-kawan. Syawal sebulan pasti banyak open house setiap hujung minggu. So, selama 2 bulan ni memang tiada jadual perjalanan travel jauh kecuali KL (acara wajib). Ada juga teringin nak ke Geylang Serai, Singapura tetapi memandangkan duit Dollar Singapura agak tinggi, maka ku batalkan niatku itu. Baik simpan duitnya untuk ke Perth Nov 2016 nanti..hehehe.

Di kesempatan ini, harap tak terlewat mengucapkan Ramadhan Mubarak dan Mohon Maaf Zahir Batin andai ada kesilapan dalam tutur kata di blog ini. Semoga apa yang dikongsi bersama, memberi manfaat kepada semua. Selamat menambah beribadah dan bersedekah di samping anda bermusafir mengembara di muka bumi ini. Walau apa jua yang kita buat, betulkan niat, insyaAllah Allah akan memudahkan segala urusan kehidupan kita di dunia dan akhirat. Doa semoga dilimpahi kesihatan yang terbaik, Allah murahkan rezeki dan bahagia selalu.

Spread love, no violence and no hate at all.

image

~ catatan si pari-pari, teima kasih baca entri ini

Cheeky memoir @ Koh Lipe 2016

Bukan sengaja tetapi benar belaka. Baru sekarang nak up itinerari dan aktiviti kami @ Koh Lipe, Satun Thailand. Easy Breezy Andaman Sea @  Lipe, seriously memang best! Baik korang pergi selagi hidup ni..

​Sharing dengan u olz, 6 gegurls trip BBM (Backpackers Buddies Msia) kami share sama-sama kos perjalanan & makanan sepanjang kat sana. Inilah itinerari selepas beberapa perkara tak dijangka berlaku, doa & syukur kami jumpa orang-orang yang baik sepanjang trip.  Cuaca sangat baik, cuma hujan 1 malam je. Siang tottaly takde hujan, clear water, view sangat superb! Wajib explore Pattaya beach, Sunset beach & Sunrise beach.

☆itinerari untuk panduan semua☆

¤28 April 2016

– Kul-Hatyai via AA (flight AA tukar dari pagi ke 4.05ptg) rm69 *decide last minit stay Satun sbb risau kes bombing.

– 1 jam lebih via VAN frm airport Hatyai to La Nga Satun (stay Farmsuk Residence, price rm65 per nite via Booking.com ) van ala2 disko price THB23000 *cuaca baru lepas hujan lebat, driver maintain cool je.

– Lepas maghrib keluar pekan La Nga & Dinner @ seafood restoren nearby Park Bara pier. Price THB1200, share. Owner Farmsuk hntr via Hilux *No charges
¤29 April 2016

– 7.30am ke Pak Bara pier via Hilux owner Farmsuk *no charges. Breakfast nasi kuning & nasi kerabu @ restoren berdekatan pier.

–  9.30am boat Pak Bara to Koh Lipe (price return lupa). Beli pakej island hopping untuk esok THB450.

– hampir jam 11.00am tiba. Standby THB200 kena bayar once enter National Park.

– check in 2 bilik @ Shanti hostel (4 org) price tak pasti & 1 bilik @ NT House Resort  rm96/nite (2 org) booked 2 weeks earlier, ada masalah aircond Expedia tukar 1 room ke NT Hse without xtra charges..woohoo! Jumpa kt meeting point, 7 mins walk je🙂. [stay hotel @ Lipe mesti ada aircond, cuaca panas lain mcm. Kipas pun tak terasa]

– Lunch. Jalan kaki ramai2 ke Sunset Beach, layan sunset, mandi. Balik naik taxi ride, price brapa tah..THB20 kot sorang.

– Malam: Happening @ walking street, makan2 & beli souvenirs

– Lepak Pattaya Beach

¤30 April 2016:

– 7.00am: breakfast @ Mina restoren, no choice sebab restoren ni je buka.

– 8.30am: islands hopping, snorkeling + lunch (price THB450 @ 500)

– Hampir 4.00pm: back to the room. Rest & keluar jalan-jalan @ Pattaya & Sunrise beach.

– Malam: makan2 & beli souvenirs @ walking street

¤1 Mei 2016:

– 8.30am: bot dari Lipe ke Pak Bara

– 11am: Van dari Pak Bara ke KTM Padang Besar. Singgah Wang Kelian shopping. (Lunch siap2 tapau nasi kuning kt pier). Beli makanan, hammock, beras wangi, tshirt di Wang Kelian..huhu. Lepak kat KTMB Padang Besar, bentang kain pario me. Buat tak tau je siapa-siapa lalu lalang, seat semua penuh. Mungkin cuti agaknya.

– 4.30pm: ETS Pdg Besar-KL Sentral (beli awal sebulan sebab 1 mei tiket habis cpt. Dapat seat tak sama, sebelah gerabak je. price rm80 return).

– 10.45pm: tiba KL Sentral. Saya stay Tune Hotel KL 1 nite, lain2 balik Seremban via komuter.

Kos rabak saya total: rm800 sebab dari JB, stay KL 1 nite + banyak makan2 & shopping..hahaha. Kawan-kawan lain rm500-600 je kot. Sekian, semoga dpt membantu kpd yg nak pergi Koh Lipe. Njoy ya! 👆😁

~ catatan si pari-pari. Terima kasih baca entri ini.

Andaman Sea, Here I Come!

image

Where to start? Story begins when i start to strangle down by a bunch of friends in Backpackers Buddies Malaysia (BBM) fb. We’re group of 6 single ladies had made an ohsem trip to Koh Lipe, Thailand on 29 Aril – 1st May 2016.

image

{Our 1st met! ~ Frm left: Faya, Fara, Zati, me, Fira & Ummu @ KLIA2}

image

Flight to Hatyai

has retimed to 3.50pm